netizens :)

double date♥♥

70111


Pada hari yang dijanjikan, kami bertiga keluar ke bandar MELAKA. Kami ke sana menaiki kereta si dia. Terima kasih awak! Sepanjang perjalanan kami, Azi dan Putri tak habis-habis buat lawak sampai dia pon boleh turut sama tergelak. Aku dah pernah cakap kawan-kawan aku ni open-minded. Nasib baik dia boleh terima. 

Tetapi, tiba-tiba dia boleh pula keluarkan barang terlarang yang paling kami bertiga paling benci. Eh ! Bukan kami bertiga sahaja ye, tetapi ramai lagi kaum hawa yang bersetuju dengan kami. Asap rokok tu DUA KALI GANDA merbahaya kepada si penghidu berbanding dengan penghisapnya. Aduh ! Aku pandang belakang, masing-masing dah tutup hidung.

Aku pon tak boleh nak kata apa. Kalau dia rasa dia tak nak hormat aku tak suka dia smoking takpe,tapi dia patut hormat kawan-kawan aku. Dengan hati yang bengang, aku hantar mesej kat putri dan azi. Maaf kawan-kawan untuk itu. Dah jenuh aku nasihat dia tak boleh berhenti jugak. Aku faham bukan senang. Tapi TAK MUSTAHIL satu hari nanti dia berhenti merokok. I will always pray for that (((;

Setelah itu, kami berempat tiba-tiba rasa lapar. Aku pun beritahu dia tempat makan mana yang paling dekat. Tiba-tiba Azi mencelah. "Ha kau belok sini, belok sana "..dan akhirnya, hahahaha. Kami sesat. Si dia pon pusinglah ikut suka hati dia kat jalan sekitar situ. 

Aku pon dah naik pening. So that aku syorkan kat dia untuk makan di MELAKA CENTRAL sahaja. Setiba di sana, kami mencari tempat makan. Entah apa nama kedai tu. Yang penting banyak lauk. Semasa pilih lauk dengan dia, tiba-tiba boleh pulak kami nak ambil kuah AYAM MASAK CILI API. Then kami berdua sama-sama tergelak. Tak habis kat situ je. Lepas ambil kuah mesti kena ada lauk kan? Jadi dengan pantasnya, mata aku dah tertancap dekat ayam goreng. Dalam pada masa yang sama si dia pon begitu. Alahai.. Kuat betul gerak hati kami.  Pilih makanan pon nak sama. Huhu. ;D ;D

Selesai makan, tujuan aku, azi dan putri pon bermula. Putri cari jam, Azi cari baju dan aku pon cari baju. Si dia mesti bosan tengok kaum hawa membeli-belah. Jangan cakaplah dah berapa kali kami tawaf dalam tu. hehehe. ;D Lepas dah siap beli barang tu semua, kteorang pon terus g MYDIN pula. Ha. Dekat mydin ni la kami berpecah.

Dalam beberapa minit aku pon siap beli barang. Then aku keluar la dari MYDIN sementara tunggu kawan-kawan aku. Masa tunggu mereka, tiba-tiba si dia hulur coklat. hehe. My favourite ! WAJIB ada ALMOND ((; Sayang thanx for that !



Destinasi seterusnya adalah JUSCO ((; uh. dekat sinilah kami solat asar sebelum tunggu matahari terbenam. Niatnya memang nak ke Pantai Putri. Dalam jam 6.30 petang kami pon bergerak ke pantai. Sementara tunggu kedatangan SITI HENI HERAWATI dan kekasih hatinya, jadi kami lepak-lepak di sana. Matahari dah tiada sebab kami terlewat sedikit jadi kami putuskan untuk pergi ke Pantai Satu Malaysia sahaja.

Disebabkan dah sampai ke pantai tu aku terus cari batu. Aku ukir "I LOVE YOU !!!" untuk si dia. Hehe. Dia pulak tambah words "FROM ATHIRA". Seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah ini .


nota kaki : Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian kerana menggembirakan saya pada hari itu (((;




tq sudi singgah. LIKE kalau suka, kalau tak suka diam je :)

2 budak mengomel:

Anonymous said...

comel je :)

Tyra Wahid said...

hehehe. terima kasih (((;

 

copyright@athira wahid