- ada orang bangunkan aku setiap pagi.. lepas tu dapat wish.. sbb ada orang cakap ucapan selamat pagi dari seseorang je dah buat kita ceria.. its fact ! (^__^)
- ada orang ingatkan aku untuk solat 5 waktu.. biasalah manusia ni sering lupa dan alpa kalau dah busy dengan urusan dunia.
- ada orang temankan aku breakfast setiap pagi, lunch hour samaII, dinner samaII.. ya allah sempurnanya hidup !
- ada orang marah kalau aku buat salah.. tegur aku agar aku tak ulang silap yang sama..
- ada orang ingatkan aku untuk makan.. sbb aku ni kalau bab malas nak makan datang, 1 hari tak makan pon aku boleh hidup.. tapi nanti mula lahh sakit perut.. hahaha.
- ada orang buat aku gelak sepanjang masa.. sebab biar awet muda.. huhu..
- ada orang tenangkan aku tatkala aku sedang marah.. sebab aku ni suka dipujuk.. kadan-kadang nak manja, apa salahnya kan..aku manusia biasa..
- ada orang bagi coklat kegemaran aku pada hariII istimewa dalam hidup aku..
- ada orang yang ambil berat pasal aku, tanya dah mkan belum, sihat tak.. aishh. terharunya !
- ada orang bawak aku jalanII walaupun hanya sekadar pergi ke warung mamak.. eshh.. sbb aku suka berjalan !
- ada orang suapkan aku kalau aku sakit.. biasalah manusia kalau sakit manja berlebih-lebihan.. haha..
- ada orang wish selamat malam kat aku, biar lena tidur aku sampai esok pagi..
- ada orang yang selalu doakan aku agar aku tak terpesong jauh dari landasan agama.
- ada orang yang bangunkan aku tatkala aku sedang menangis kesedihan kerana dia..
- ada orang yang sentiasa beri semangat kat aku untuk terus hidup.. agar aku tak ras amcam aku hidup seorang diri dlam dunia nii.
- ada orang pujuk aku kalau aku merajuk.. bukan biarkan aku melayan diri.. bukan susah pon nak pujuk aku.. kau buat aku ketawa je, cool lahh aku.. (kan dah kantoii)
- ada orang ingatkan aku tentang mati.. biar aku tak terlau enjoy dgn kehidupan kat dunia je..
- ada orang sayangkan aku, walaupun aku tak sayang dia..
- ada orang yang terima aku apa adanya walaupun dia tahu aku tak sempurna..
- ada orang yang boleh memahami jiwa aku.. rentak hidup aku.. aku tak suka orang mengarah hidup aku..
- ada orang yang boleh dengar maslah aku tatkala aku perlukan dia..
macam ni lahhh.. kalau nak senaraikan memang banyak.. tapi kalau 10 daripada 20 yang terkabul, ya allah aku insan paling bertuah dalam dunia kan?, kan, kan.. huhu.. tak salah pasang impian & anganII uw..
nota kaki : jangan nak kata aku demand pulak.. ni semua hanya kuahan hati semata-mata. tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.. sekian ;)
0 budak mengomel:
Post a Comment