skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum w.b.r
jom kita baca sejenak sketsa kat bawah ni..:D
LELAKI : awak saya nak bagi RM7000 untuk mas kahwin awak.
PEREMPUAN : RM700? semurah itukah saya?
LELAKI : Emmm.. Ok. RM10 000 boleh?
PEREMPUAN : Kalau RM10 000.. Kiranya saya ini hanya seperti rantai leher yang akan awak leburkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yang lama?
LELAKI : Ok... RM20 000 cukup?
PEREMPUAN : Kereta VIVA saya berharga RM40 000...bermakna saya lebih murah dari kereta VIVA di sisi awak?
LELAKI : Ok.. RM50 000..
PEREMPUAN : Adakah itu harga saya?? Bangunan KLCC itupun berharga jutaan ringgit ..
LELAKI : Ok baiklah.. awak letaklah sendiri berapa harga awak.. saya akan bayar !
PEREMPUAN : Diri saya TERLALU MAHAL.. sehingga awak tak akan dapat nak BELI.. Cukuplah awak bagi RM100 tunai sahaja..bukan kerana harga saya... tapi kerana perintah agama yang mewajibkan mas kahwin..
LELAKI : (dalam hati terlalu syahdu...)
#bagi pendapat aku sendiri, aku tak kisah pon wang hantaran nati berapa.. tapi bukan ke wang hantaran tu untuk belanja majlis perkahwinan uw nanti.bukan harga perempuan uw. am i rite? pada aku cukuplah sekadar melengkapkan ikatan perkahwinan yang sah.. AKAD NIKAH uw penting.. :)
nota kaki : minta-minta lah bila dah sampai JODOH uw janganlah terjadi sebarang perbalahan sebab benda ni . ameeen ^^,
tq sudi singgah. LIKE kalau suka, kalau tak suka diam je :)
copyright@athira wahid
0 budak mengomel:
Post a Comment