SEREMBAN - Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.
Beliau berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk memperkasa lulusan diploma politeknik.
"InsyaAllah, tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini hari ini.
apa pendapat kowang semua kalau POLY betul2 akan adakan program ni?, as for me, uh lg sng nk mohon kot. kalau U tu, mesti dowang akn dulu kan student dowang dlu. alah sekarang takde beza pon student poly dgn U . both of us semua sekarang dah standerdize, budak2 poly pon sekarang dah student centred kan.
nota kaki : permudahkan segala urusan hidupKU dan kawan2ku YA ALLAH. ameen ;)
0 budak mengomel:
Post a Comment