netizens :)

Krabi Day 1

Assalamualaikum w.b.r

Hi Hi readers . Actually percutian ni dah lama I nak update sejurus selepas balik tu, tetapi ada masalah tak dijangka pulak datang , masalah tu nanti I story kat next entry okay. Ahaaaaa so jom jom meh sini I belanja uols semua biar kasi terbakar sikit hati tu . Bukan terbakar apa , hehe tapi just nak bagitau kat uols semua , sesunguhnya Krabi adalah destinasi percutian yang I gerenti cakap the best ever places untuk hilangkan stres tauu . Apa lagi pi cepat-cepat booking tarikh pi sini . hihikk . Kalau berminat boleh terus contact I tauuu . Nanti tolong uols deal dengan agent ni hehe.


Okay . ni lah trip pertama pegi oversea , tu yang cuba cari jalan paling jimattttttt as a backpackers sebab planning pon last minute, and semua dari Johor Bahru . So we all decide naik bas malam and sampai Perlis esok pagi . Tepu gak dok dalam bas , nak tidur pon susah sebab tak biasa tidur goyang-goyang huhu . So that , on future pleaseeeeee kalau nak pergi lagi bolehlah booking air flight ticket time Airasia ada buat promotion gegila tu , kalau tidak harga flight ticket melambung tinggi deknon oi . Koyakkkkkk ! Grab cepat-cepat tau !

Lebih kurang pukul 9 pagi sampailah I kat bustand Kuala Perlis . Bertemulah we all semua dengan Rizam . Orang yang bertanggungjawab penuh ke atas kami setelah tiba di sana . Perjalanan dari Kuala Perlis ke Krabi mengambil masa lebih kurang dalam 5 jam macam tu . Okay we all dah tiba kat checkpoint untuk cop our passport .


Lepas siap cop tu perjalanan we all diteruskan . Tenenene duduk dalam kereta perut goyang-goyang maka laparlah kami kannn . Rizam bawak we all makan kat satu tempat tu . Alamak.., lupa dah nama tempat tu . Yang paling tak menahan sampai je sana memang banyak lauk , tapi berapa kali entah I bukak tutup periuk kehkeh . Pening okay nak pilih yang mana sebab tak biasaaaaaa dengan tekak . At last lauk nangka ada bubuh ayam sikit yang I amek . Aiseyman sebab lapar sangat time tu lupa nak ambil gambar situasi kedai makan tu macam mana , hihi . tapi not bad lah sedap jugak . Rizam belanja ! wakaka tah apa dia cakap dengan orang tu dalam loghat Thailand mereka . Pekat gila !



Tadaaaaaaaa okay we all dah sampai Krabi ! hehehe . Lepas check in bilik we all pon keluar cari barang . Nak tahu tak we all cari apa ? Cuba uols teka kehkeh . 1,2,3.... ah lambat sangat teka . Meh la I gtaw senang kan :p We all cari plug la untuk caj phone and segala gadjet yang ada . Nampak ni kat bawah ni , takde plug camne nak guna semua benda alah ni . I ada beli plug tapi tersalah pulak jadi we all pon serbu Tesco kat sana . Huhu . Betul-betul tourist ni ^^


Lepas settle beli plug , Rizam bawak we all pusing-pusing area Pekan Ao Nang , Krabi tu . Tadaaaa jumpa pon kedai Pancake yang kata dok pemes kat semua blog tu . I order panckae Chocolate + Nutella with Pisang . Wey sumpah sedap ! Ngam ngam tme tu lapar gila . memang sengaja tak makan berat sebab Rizam nak bawak we all pi makan stemaboat katanyaa. So berlapar sekejap naaa . ! 


After dah dok tapau pancake tu, we all terus gerak Ao Nang Beach . Tengok gambar dibawah , cantikkan pemandangan dia . Hehe . Tenang je . Huaaaaaaa rindu Krabi !!!!!!!! Serious talk ! We all makan pancake yang sedap tadi tu ditemani pemandangan indah kat sini . Seronok I cakap hehe . 


Ahaaa ! Ada satu secret kehkeh . BFF I si makcik jue ni kena tarik bergambar dengan ponpon kat sana . Sekali depa mintak duit woiii ! So dinasihatkan agar sesiapa yang datang sini nanti jangan terpedaya okay dengan ponpon yang acah-acah jadi Princess tu wakaka . Cantik memang cantik, tapi cantik jugaklah duit uols kena pow nanti . Ingat jauhkan diri dari merekaa ! 


Chak ! Sampai dah pon Krabi Town . Ni betul betul pekan dia . Yang kat Ao Nang tadi mungkin daerah dia kot . Tapi kat situlah yang pemes dengan tourist . Banyak kemudahan kat sana . Hotel & kedai makan bersepah also kedai cenderamata and segala pakej nak ke 7 Island ke, 4 Island , Emerald Pool ke semua dah ada kat sana . Meriah Ao Nang tu !


Tu nampak tak crab . Ikut logik we all , Krabi ni dia punya trademark Ketam ni lah . Crab, Krabi, Crab, Krabi . wakaka , agent we all pon takde explain so bedal jelah ehh . hehehe . Adeh macam tak percaya dah sampai sana tauu . Mimpi indah seyh !


Ha ni dah lah tempat makan steamboat tu . Penuh orang uyy . Makan sampai kenyang taw ! Tapi sebab dah penat sangat makan pon takdela banyak sangat . Hehe saka 3 orang tu memanglah makan banyak. Lagi-lagi Aan. Huhu , I takkan lupa macam mana Aan dok habiskan hotdog yang dah kembang gilaaaa tu . Sebenarnya sampai arini I tak percaya yang Rizam cakap kalau tak habis makan kena bayar . Sebab orang tu takde datang kat meja pon , sebab after we all semua siap makan terus gerak kaunter , Nampak tak strategi dia tak kasi we all berlapar . Kehkeh terbaikkk ! ^^



Banyak-banyak makanan kat sana ni yang I amek . hehe . Plus habis makan tauu hihik . Sedap gila ! Sayur bubuh mayonis . Ada jugak I makan nasi and lauk-lauk yang dowang dok amek . Aiseyh gambar sushi takde . Tu pon bolehlaaa buat I kenyang 5 minit wakaka .



Dah siap makan terus lah gerak balik . Anyway we all pi sana naik Fino . See sampai nak tercabut helmet den . Ni gambau before pi Steamboat hehe. Helmet tu steng jadi tak pandai pakai . Argh sebenarnya pakai helmet pape pon semua terbang , bak kata dak senget kat depan tu , "budak bandar tak reti naik moto macam tulah gedikkk !",.. Fino ni sewa ikut hari, i bebudak laki yang irus , we all yang perempuan tinggal naik je haha . Btw, memori ni memang tak pernah lekang dalam ingatan I tahu tak coz dapat bergembira dengan kengkawan semua ^^


So tamatlah kisah Part 1 di Krabi . Kita jumpa second day at Krabi dalam next entry okiess ? Jangan jemu dah baca celoteh I ni hehe . 

------------------------------------------------------------------

Nota kaki
first time guna I dalam blog kan . sebelum ni tak reti tapi sebab persekitaran tempat kerja guna I,YOU.. I,YOU.. so dah terbiasa dengan lidah . Okay papai ! ^^





tq sudi singgah. LIKE kalau suka, kalau tak suka diam je :)

0 budak mengomel:

 

copyright@athira wahid